Guillermo del Toro Perlu Bantuan Anda untuk Realisasikan HELLBOY III!

148

Written by:

Dengan jadual padat yang silih berganti dengan pelbagai projek-projek filem baharu, namun satu soalan yang kerap ditanya kepada sutradara prolifik Guillermo del Toro adalah:

“Bilakah Hellboy III akan dihasilkan?”

Malang sekali apabila Hellboy II: The Golden Army (2008) gagal meriah keuntungan di pawagam, perancangan untuk menghasilkan sekuel yang seterusnya nampak samar. Malah teraju utama, Ron Perlman pernah meraih sokongan demi mewujudkan trilogi filem adaptasi komik ciptaan Mike Mignola tersebut di media sosial satu ketika dulu. Tetapi masih lagi belum menemukan hasilnya.

Akan tetapi, semuanya akan bakal berubah.

Pengarah dan penerbit yang turut popular menerusi filem Pacific Rim itu apabila Guillermo del Toro berjanji seandainya undian Twitter rasmi miliknya mencecah 100,000 sehingga hari esok, beliau akan sekali lagi duduk berbincang dengan Ron Perlman dan Mike Mignola demi merealisasikan projek Hellboy III ini secara serta merta.

Berikut adalah paparan akaun Twitter rasmi milik Guillermo del Toro berkenaan inisiatif di atas:

Diharapakan dengan usaha dan komitmen yang dirancang ini, maka Hellboy III boleh ditonton kelak di pawagam setelah sekian lama menanti.

Apa pula pendapat anda? Apakah anda masih lagi berminat untuk Hellboy III?

Last modified: January 19, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *