AVENGERS: INFINITY WAR Bakal Perkenalkan Dunia Baharu dalam Semesta Sinematik Marvel!

235

Written by:

Penggambaran prinsipal untuk Avengers: Infinity War kini dilaporkan telah bermula.

Untuk itu, satu sumber yang kami perolehi dari ComicBook.com hari ini telah memberikan kita peluang untuk bersama pereka produksi Charles Wood serta bertanyakan soalan apakah yang boleh peminat harapkan daripada filem tersebut.

Dan nampaknya jawapan yang diberikan oleh beliau adalah lebih besar dan mengejutkan daripada apa yang kita semua jangkakan selama ini!

“Any time you turn that page on this script, you’re kind of staggered, blown away, terrified by what’s in front of you. I think rather like Doctor Strange, you’ll find this film.. it’s not regurgitative. What I’m trying to say is there are many, many, many new worlds to see in this film.”

Adakah dengan kenyataan di atas ini telah mengesahkan teori popular penonton dan peminat Semesta Sinematik Marvel (MCU) bahawa ia bakal memperkenalkan teori dunia multiverse dan permulaan baharu untuk semua 14 filem  yang wujud dalam terbitan francais Marvel Studios sejak tahun 2008?

Dengan kedatangan Thanos yang tidak dapat dielakkan lagi, memang bukan lagi rahsia bahawa kebanyakan adegan dan babak yang bakal dipertontonkan akan berlaku di angkasaraya serta mungkin juga di segenap penjuru dimensi dan masa.

Sepertimana yang pernah dibaca oleh ramai pengikut setia komik Marvel dalam siri The Infinity Gauntlet.

Apa pula pendapat anda? Sila nyatakan dalam ruangan komen yang tersedia di bawah entri ini.

Last modified: January 18, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *