Akhirnya Ben Affleck Beri Respon Meme #SadAffleck dan Kongsi Pengalaman BATMAN V SUPERMAN: DAWN OF JUSTICE!

304

Written by:

Sehingga ke hari ini, masih banyak lagi yang diperkatakan tentang filem Batman v Superman: Dawn of Justice.

Pengkritik masih terus mengulas serta mengkritik mutu filem tersebut dari sudut pro dan kontranya. Salah satunya adalah tentang satu sesi wawancara bersama Ben Affleck and Henry Cavill yang mana ia telah dijadikan sebuah video meme yang viral di internet seluruh dunia.

#SadAffleck secara langsung telah membayangi filem populariti Batman v Superman: Dawn of Justice. Tetapi dalam satu sesi wawancara eksklusif untuk promosi filem Live by Night baru-baru ini, pengarah dan pelakon pemenang Anugerah Academy tersebut akhirnya telah memberikan jawapan kepada apa yang berlaku.

Ditanya mengenai pengajaran yang diperolehi daripada itu, beliau dengan secara berseloroh menjawab:

“It taught me not to do interviews with Henry Cavill where I don’t say anything and they can lay Simon & Garfunkel tracks over it. That’s one thing I learned.”

Beliau turut menerangkan bagaimana filem sepertinya itu telah banyak mendidik beliau dalam memahami penggarapan teknologi dalam penghasilan filem moden berbajet besar. Ini termasuk trivia tentang bagaimana beliau juga dapat membawa pulang Batsuit and Batarang selepas selesai semua sesi penggambaran filem prekuel kepada Justice League tersebut.

Tonton video di bawah ini untuk menyaksikan komentar beliau dengan lengkap:

Last modified: January 18, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *