Tonton Treler Rasmi Sulung Adaptasi Filem CHiPs!

276

Written by:

FilemSemasaTV

Satu lagi filem remake/reboot siri televisyen popular retro bakal menemui kita semua.

Siri televisyen yang pernah popular pada penghujung tahun 1970an serta dibintangi oleh Erik Estrada dan Larry Wilcox, CHiPs kini telah diberi nafas baharu dalam sebuah filem komedi aksi oleh Warner Bros. Pictures.

Yang menggantikan mereka adalah Dax Shepard dan Michael Peña, masing-masing memegang peranan sebagai pegawai peronda polis bernama Jon Baker dan Frank “Ponch” Poncharello. Dax Shepard juga turut menjadi pengarah dan penulis skrip untuk filem ini tampak sarat dengan aksi, letupan serta komedi tanpa henti berputar kisah cabaran tugas dua pegawai baharu California Highway Patrol yang huru-hara. Turut menyerikan lagi perjalanan cerita ini ialah Kristen Bell, isteri sebenar dan juga isteri kepada watak yang dibawa Dax Shepard.

Selaku pengarah filem adaptasi sebuah televisyen terkenal yang mempunyai ramai peminat dan pengikutnya sejak diperkenalkan 3o tahun lalu, Dax Shepard memberikan komen ini:

“My aim was somewhere in the ‘Bad Boys’, ‘Lethal Weapon’ world. That was my take on it. It’s interesting because it’s definitely a comedy, where the show is not.. but the stakes are very real and the world is real and the physics are real and all those things are grounded. Insane situations happen but it’s not happening in a satire world or a heightened world. It’s a very real world.”

Tonton treler rasmi sulung dan poster teaterikal untuk filem CHiPs tersebut di bawah ini:

CHiPs akan berada di pawagam seluruh dunia pada 24 Mac, 2017.

Last modified: January 14, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *