Sinopsis Rasmi Filem LOGAN Bongkar Nasib Wolverine dan Professor X!

595

Written by:

Dalam masa kurang dua bulan, pengarah James Mangold (The Wolverine, Knight and Day) akan bersiap sedia untuk mengubah lanskap filem bergenre adiwira buat selamanya menerusi sekuel dan naskah terakhir Wolverine berjudul Logan.

Ia akan berlaku dalam satu senario masa hadapan yang tidak berapa lama daripada sekarang dan bakal menyaksikan Hugh Jackman hidup dalam pelarian tanpa kelibat atau kehadiran teman-teman X-Men beliau yang lain.

Dan semalam (waktu tempatan), Hugh Jackman telah mendedahkan sinopsis rasmi untuk filem tersebut yang sedikit-sebanyak memberikan kita pencerahan tentang situasi semasa Logan dan Professor X. Semuanya tanpa tenang buat mereka sehinggalah dipertemukan dengan seorang mutan kanak-kanak perempuan bernama Laura (X-23) dan terpaksa berhadapan ancaman bahaya dan serangan yang mendatang.

Sinopsis rasmi filem Logan itu boleh dibaca di bawah ini:

Logan akan berada di pawagam seluruh dunia pada 3 Mac, 2017.

Last modified: January 14, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *