Promo Siri Televisyen Baharu POWERLESS Perkenalkan Saudara Bruce Wayne!

213

Written by:

FilemKomikSemasaTV

Kita semua kenal siapa dia Bruce Wayne.

Sekarang tiba masanya untuk kita berkenalan pula dengan Van Wayne!

Ya. Memang tidak silap lagi. Siri komedi televisyen terbaharu yang berlatarbelakangkan dunia DC Comics berjudul Powerless oleh NBC akan memperkenalkan kepada kita sepupu Bruce Wayne, Van Wayne. Beliau akan dilakonkan oleh Alan Tudyk (Rogue One: A Star Wars Story, Zootopia) dan berpandukan kepada maklumat yang diperolehi setakat ini, beliau akan menjadi majikan kepada Emily Locke di Wayne Security.

NBC telah melancarkan sebuah iklan promo bagi memperkenalkan watak Van Wayne beserta pelakon-pelakon yang akan muncul dalam siri televisyen baharu tersebut:

Berikut pula adalah sinopsis rasmi untuk Powerless :

“In a world where humanity must cope with the collateral damage of Super Heroes and Super-Villains, Emily Locke (Vanessa Hudgens) begins her first day as Director of Research & Development for Wayne Security, a subsidiary of Wayne Enterprises that specializes in products that make defenseless bystanders feel a little safer. Full of confidence and big ideas, Emily quickly learns that her expectations far exceed those of her new boss (Alan Tudyk) and officemates, so it will be up to her to lead the team toward their full potential and the realization that you don’t need superpowers to be a hero.”

Powerless akan disiarkan secara rasmi di saluran NBC pada 2 Februari, 2017.
 

Last modified: January 14, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *