Nama Watak Penjahat Sigourney Weaver dalam Siri TV THE DEFENDERS Didedahkan!

174

Written by:

KomikSemasaTV

Ini ada berita terkini dan tergempar dari dunia televisyen Marvel dan Netflix.

Sejak pengumuman dibuat mengenai bintang ternama dan ikon sains fiksyen Hollywood, Sigourney Weaver yang telah menandatangani kontrak untuk menjadi watak antagonis/penjahat utama dalam siri The Defenders terbitan Marvel dan Netflix, peminat-peminat semuanya masih berusaha sedaya-upaya untuk meneka peranan serta identiti misteri yang bakal di bawa beliau itu.

Namun pada hari ini, segala teka-teki dan penantian itu bakal berakhir apabila sumber dari EW telah mendedakan nama watak beliau secara rasmi. Tetapi nama tesebut bukan satu nama yang dikenali dalam salasilah penjahat Marvel Comics.

Sigourney Weaver akan memegang peranan sebagai Alexandra.

Biarpun ada yang beranggapan nama tersebut hanyalah pembayang ataupun samaran kepada nama yang lebih dikenali ramai, sumber rasmi dari Netflix telah mengesahkan bahawa “tiada kod nama dan tiada sejarah komik” terwujud dari kemunculan watak beliau kelak.

Walau bagaimanapun, penerbit siri The Defenders iaitu Marco Ramirez telah memberikan bayangan tentang betapa merbahayanya watak ini kelak:

“Sigourney is the kind of person you can buy as the smartest person in the room, who you can also buy as a person holding a flamethrower. Her character is a very powerful force in New York City. She’s everything Sigourney is: Sophisticated, intellectual, dangerous. I’m sorry. I can only say a bunch of adjectives right now.”

Apa pula pendapat anda?

Apakah beliau adalah sekadar seorang watak antagonis/penjahat baharu yang kebetulan bermusuhan dengan anggota The Defenders? Atau adakah beliau bakal memainkan peranan jauh lebih sadis dan dahsyat daripada apa yang kita sangkakan?

Sementara itu, tonton video dan lihat foto-foto eksklusif di belakang tabir pembikinan kulit muka hadapan isu terkini untuk majalah Entertainment Weekly (EW) di bawah ini:

Last modified: January 14, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *