Batman dan The Flash Akan Siasat Misteri Watchmen dalam THE BUTTON!

199

Written by:

Kemusykilan anda tentang pengenalan jalan cerita DC Rebirth kini semakin terungkai.
Sejak tahun lalu, ramai peminat komik sudah sedia maklum akan kehadiran komik Watchmen dalam dunia DC Comics. Dengan semua petunjuk yang mengesahkan bahawa penglibatan Dr. Manhattan sehingga mengakibatkan wujudnya garis masa (timeline) “New 52” dan juga Ozymandias memainkan peranan sebagai pemanipulasi utama dalam hidup Superman.
Dan pada hari ini, semua itu bakal terjawab dengan pengumuman siri mini komik sebanyak 4 isu berjudul “The Button” yang akan terbit April 2017.
 Judul tersebut merujuk kepada lencana butang bercalit darah milik The Comedian ketika ia muncul dengan secara tiba-tiba di dalam Batcave dalam isu sulung DC Rebirth. Batman dan The Flash akan berganding bahu demi menyiasat misteri Watchmen tersebut menerusi isu #21 dan #22 komik masing-masing dengan terbitan dwi-bulanan.
Berikut pula adalah kenyataan media rasmi yang dikeluarkan oleh DC Comics yang jelas merupakan permulaan untuk satu acara komik yang lebih besar:

“Courtesy of the Batman team of writer Tom King and artist Jason Fabok, along with The Flash writer Joshua Williamson and artist Howard Porter, the two greatest detectives in the DC Universe unite to unravel the mystery behind a certain blood stained smiley face button stuck in the Batcave wall. However, what begins as a simple investigation soon turns deadly when the secrets of the button prove irresistible to an unwelcome third party – and it’s not who anyone suspects! This is a mystery woven throughout time, and the countdown starts here!”

Last modified: January 13, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *