Colossus dan Negasonic Teenage Warhead Disahkan Kembali untuk DEADPOOL 2!

271

Written by:

Kemunculan Colossus dan Negasonic Teenage Warhead dalam Deadpool merupakan salah satu tarikan yang paling menyeronokkan dari sudut penceritaan filem tersebut.
Dan hari ini, dengan secara rasminya mereka telah diumumkan untuk kembali untuk sekuel filem tersebut.
Walaupun belum ada apa-apa lagi penjelasan tentang betapa besar atau tidak peranan mereka kelak dan pengumuman kehadiran beberapa anggota X-Men yang lain, penulis lakon layar Paul Wernick dan Rhett Reese tetap telah mengesahkan kemunculan duo di atas dalam satu wawancara terbaharu bersama Collider. Ia dapat dibaca dalam kenyataan yang berikut:

“I can’t say how much they are… I think we can say. Yeah.. they’ll be in the sequel. Colossus anda Negasonic will make at least an appearance.”


Antara watak-watak baharu dari keluarga X-Men yang disahkan bakal membuat kemunculan sulung adalah seperti Cable dan juga Domino.
Nyatakan pendapat dan komen anda seperti biasa menerusi ruangan di bawah.

Last modified: January 13, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *