Woody Harrelson Sahkan Penglibatan, Cassian Andor Bakal Muncul dalam Filem HAN SOLO?

310

Written by:

Baru-baru ini, wakil MTV telah bertemu dengan teraju utama filem Rogue One: A Star Wars, Diego Luna semasa acara permaidani merah Anugerah Golden Globes.

Beberapa soalan telah diajukan tetapi ada satu soalan tentang satu lagi filem antologi Star Wars yang paling menarik perhatian peminat. Walaupun pemegang watak Kapten Cassian Andor tersebut tidak mengesahkan atau menafikan bahawa beliau bakal kembali untuk filem Han Solo ketika usia remaja itu, respon serta jawapan beliau seolah-olah menyatakan sesuatu yang mungkin telah memberikan kita pembayangnya.

Tonton sedutan klip video temubual berikut di bawah ini:

Dalam perkembangan berkaitan, Lucasfilm dengan rasminya sudah pun mengesahkan kemunculan Woody Harrelson (War for the Planet of the Apes, The Hunger Games) sebagai satu lagi penambahan watak dalam filem Han Solo. Ini rentetan daripada laporan pada minggu lalu yang membawa perkhabaran bahawa beliau sedang dalam proses perbincangan fasa akhir untuk bersama produksi tersebut. Masih tiada lagi pendedahan dilakukan tentang peranan serta watak yang bakal dibawa tetapi sumber-sumber yang boleh dipercayai melaporkan beliau akan memegang peranan sebagai mentor kepada Han Solo lakonan Alden Ehrenreich.

Dalam satu kenyataan rasmi yang berasingan, pengarah Phil Lord dan Chris Miller berkata:

“We couldn’t be more excited to work with an artist with as much depth and range as Woody. His ability to find both humor and pathos, often in the same role, is truly unique. He is also very good at ping pong.”

Filem Han Solo yang masih belum berjudul rasmi dan tidak mempunyai tarikh tayangan rasmi itu dijangka akan ditayangkan pada tahun 2018.

Last modified: January 12, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *