Tonton Treler Rasmi Akhir Filem Adiwira Rusia GUARDIANS!

461

Written by:

Filem adiwira Rusia arahan Sarik Andreasyan berjudul Guardians (“Защитники”, disebut “Zaschitniki”) akan bakal menemui kita bulan hadapan.

Dan untuk kesekian kalinya, kita dipertontonkan denga sebuah treler rasmi terakhir untuk tatapan peminat filem berkonsepkan superhero dan komik yang bukan datangnya dari Hollywood dan lain daripada yang lain. Sebelum ini, kita hanya dapat melihat kelibat semua anggota Guardians secara ringkas: Seorang berkuasa batu seperti The Thing, seorang pakar pedang dan laju seperti The Flash serta seorang lagi yang mempunyai rupa dan kuasa seekor beruang jadian seperti Wolverine.

Namun akhirnya untuk treler yang penghabisan ini, kita dapat menyaksikan gabungan kesemua pasukan adiwira tersebut menentang seorang seteru yang sangat berkuasa!

Dengan imej janaan komputer (CGI) yang agak mengagumkan dan hampir setanding dengan studio-studio ternama Hollywood, kita dapat menonton treler rasmi akhir filem Guardians terbitan Enjoy Movies, Renovatio dan Argunov Studio yang hanya menelan belanja USD$5 juta di bawah ini:

Berikut pula adalah sinopsis rasmi filem tersebut:

“During the Cold War, a secret organization “Patriot” has created a squad of superheroes, which included participants from various Soviet republics. For years, the heroes had to hide their identity, but in hard times, they again take the case.”

Dibintangi oleh Anton Pampushny, Sanjar Madiev, Sebastian Sisak, Alina Lanina, Stanislav Shirin, Valery Shkirando, Vyacheslav Razbegaev, Alexander Semenov dan Vladimir Butenko, ia akan berada di beberapa pawagam terpilih seluruh dunia pada 23 Februari, 2017.

Last modified: January 12, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *