Darth Maul Lawan Watak THE FORCE AWAKENS dalam Komik Terbaharu Marvel!

444

Written by:

Pahlawan Sith asal Dathomir Zabrak bernama Darth Maul akhirnya akan muncul dengan komik Star Wars terbitan Marvel!

Siri mini komik sepanjang 5 isu itu merupakan sebuah kisah prekuel sebelum kemunculan sulung dalam Star Wars Episode 1: The Phantom Menace (1999) dan masih lagi di bawah perguruan Darth Sidious/Maharaja Palpatine dalam proses menjadikannya seorang pembunuh Jedi yang efisien dan efektif.

Ianya ditulis oleh Cullen Bunn (The Sixth Gun, Micronauts, Monsters Unleashed), manakala ilustrasi oleh Luke Ross (Secret Avengers, Star Wars: The Force Awakens Adaptation) dan akan berada di pasaran pada 1 Februari, 2017.

Apa yang menarik tentang komik baharu terbitan Marvel ini adalah kemunculan salah satu watak yang pernah beraksi dalam Star Wars Episode VII: The Force Awakens. Nama watak makluk asing itu adalah Rathtar. Untuk yang masih ingat, dua ekor Rathtar telah diseludup oleh Han Solo dan Chewbacca dalam pesawat Eravana sebelum dikepung oleh KanjiKlub dan Geng Maut Guavian dengan Rey, Finn dan BB-8 bersama kehadiran semula pesawat Milleneum Falcon.

Dengan Marvel sudah pun memberi peluang kepada beberapa watak Star Wars dalam beberapa siri mini komik sebelum ini seperti Princess Leia, Chewbacca, Obi-Wan and Anakin, Lando Calrissian, Poe Dameron dan Han Solo, sudah tiba masa pula untuk Darth Maul diberikan peluang untuk beraksi pula.

Lihat preview untuk komik Star Wars: Darth Maul isu #1 di bawah ini:

Berikut pula adalah sinopsis rasmi untuk komik di atas:

“Bred on hate, fear, and anger. Steeped in the ways of darkness … trained to kill. Darth Maul’s time as an apprentice to Darth Sidious has long been cloaked in shadows, but at last we will reveal his tale of revenge. His master tells him to embrace his anger, but to stay hidden and bide his time. Maul has waited long enough – his patience growing ever thinner. His moment to step into the light has finally come. Prepare for a tale of unbridled rage as Darth Maul readies one of his first encounters with his mortal enemy … with the Jedi.”

 

Last modified: January 11, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *