Tonton Video Promo dan Poster Rasmi Terbaharu BEAUTY AND THE BEAST!

375

Written by:

Poster rasmi untuk filem versi aksi hidup Beauty and The Beast dari Disney Pictures telah didedahkan baru-baru ini.

Ia memberikan kita gambaran dan pandangan baharu untuk watak Belle (Emma Watson), Beast (Dan Stevens) dan hampir kesemua watak-watak utama dan sampingan lain yang bakal muncul dalam filem tersebut. Poster rasmi tersebut boleh dilihat di bawah ini:

Selain daripada itu, kita juga turut dipertontonkan dengan sebuah video promosi muzikal semasa siaran Anugerah Golden Globes ke-74 yang berlangsung kelmarin.

Remake aksi hidup dari adaptasi filem animasi tahun 1991 arahan Bill Condon ini tampil dengan pembaharuan dan nafas baharu seperti salah satu lagu ikonik berjudul “Belle” yang pernah dinyanyikan oleh Paige O’Hara.

Tonton video promosi dan perbandingan nyanyian asal tersebut di bawah ini:

Berikut adalah sinopsis rasmi untuk filem di atas:

“Disney’s “Beauty and the Beast” is a live-action re-telling of the studio’s animated classic which refashions the classic characters from the tale as old as time for a contemporary audience, staying true to the original music while updating the score with several new songs. “Beauty and the Beast” is the fantastic journey of Belle, a bright, beautiful and independent young woman who is taken prisoner by a beast in his castle. Despite her fears, she befriends the castle’s enchanted staff and learns to look beyond the Beast’s hideous exterior and realize the kind heart and soul of the true Prince within.”

Beauty and the Beast akan berada di pawagam seluruh dunia pada 16 Mac, 2017.

Last modified: January 11, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *