Presiden CW Ulas Kebarangkalian Terbit Siri Televisyen SUPERMAN!

318

Written by:

KomikSemasaTV

Dengan siri televisyen Arrow, The Flash, Legends of Tomorrow dan Supergirl kesemuanya dijangka kembali tidak lama lagi, ramai di antara kita pasti tertanya-tanya: Adakah punya ruang untuk satu lagi adaptasi DC Comics menerusi saluran The CW.
Kejayaan yang diraih untuk semua siri televisyen di atas memang terbukti dari musim ke musim.
Dan satu lagi siri yang disebut-sebut oleh peminat yang bakal melonjakkan lagi reputasi The CW adalah Superman. Aksi Tyler Hoechlin dalam pembukaan musim kedua Supergirl tahun lalu mendapan pujian pengkritik dan peminat, maka jelas ini merupakan sesuatu yang dimahukan ramai. Malah ia akan menjadi sesuatu yang amat merugikan seandainya watak ikonik adiwira tersebut dibiarkan begitu sahaja terutama sekali apabila tiada rancangan untuk sekuel filem Man of Steel.
Bercakap dengan wakil Entertainment Weekly baru-baru ini, Presiden saluran The CW iaitu Mark Pedowitz telah mengesahkan bahawa tiada lagi rancangan untuk sebarang siri televisyen solo atau untuk beliau kembali dalam Supergirl. Beliau menambah:

“Tyler did a great job. There’s no plan to do a series. There are no plans at the moment for him to return [to Supergirl]. If they wish to have him return, we’d love to have him. I can’t even answer the question yet because at this time there are no plans to do it and there have been no discussions about it.” 


Dengan itu, apakah dengan kenyataan rasmi di atas hanyalah sekadar menyelindung satu perkhabaran rasmi yang bakal kita terima tidak lama lagi atau memang benar itulah kali terakhir kita dapat melihat Superman di skrin televisyen?
Hanya masa yang dapat menentukan. Tetapi buat masa ini, sila kemukakan pendapat anda pada ruangan komen di bawah ini.

Last modified: January 10, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *