ZOOM KARTUN 2017 Membuka Tirai Acara Animasi dan Komik Malaysia Tahun Ini!

673

Written by:

AnimasiBukuFilemGamingKomikPeraduanSemasa

Persatuan Animasi Malaysia (Animas) dengan kerjasama Summit USJ telah menganjurkan acara ZOOM KARTUN 2017 yang diadakan buat julung kalinya di pusat membeli-belah Summit USJ, Subang Jaya yang berwajah baharu pada 7 Januari, 2017. 

Program yang turut mendapat sokongan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tersebut diadakan bagi mewujudkan platform dalam mempromosikan naskhah, karya animasi dan kartun tempatan malah memupuk semangat perpaduan masyarakat melalui animasi. 

Menurut Presiden ANIMAS yang sempat di temubual:

“Usaha mengetengahkan aspek budaya dan seni kreatif dalam penerbitan animasi ini perlu diberi perhatian kerana melaluinya, masyarakat akan lebih menghargai idea unik daripada pengkarya kepada masyarakat”

Antara aktiviti dan acara yang telah berlangsung semalam adalah pertandingan mewarna kanak-kanak, cabaran doodle kartun, pelancaran siri animasi MBOO terbitan Nibiru Pictures dengan menampilkan peserta Maharajalawak Mega, Ropi yang turut hadir sebagai penyumbang suara watak utama dalam projek tersebut.

Selain itu, para pengunjung yang hadir turut dapat mendengar Forum Khas bersama barisan panel kartunis terkenal negara yang terdiri daripada Gayour, Tembakau, Jambang dan Ubi. Mereka hadir di pentas utama Zoom Kartun 2017 dengan tajuk forum “Aspirasi Jenama X” sambil menceritakan sejarah dan berkongsi projek-projek terbaharu untuk produk komik Jenama X.

Acara ini juga menyaksikan vendor dari pelbagai latar belakang kelab serta persatuan menjual komik, buku, barang permainan serta pameran hasil karya lukisan kartun menerusi Inktober 2016 pada tahun lalu dan banyak lagi demi memeriahkan lagi suasana di Summit USJ.

Last modified: January 8, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *