Alfred Pennyworth dan Lucius Fox dari Trilogi THE DARK KNIGHT Rancang Rompak Bank?

303

Written by:

Sebagai seorang pengarah filem, Zach Braff telah berjaya menghadirkan dua buah filem indie dengan dua resepsi yang jauh berbeza.

Filem Garden State mendapat sambutan hebat di kebanyakan festival-festival yang disertai ketika ia ditayangkan pada tahun 2004. Sedekad kemudian muncul Wish I Was Here yang sama sekali kehilangan magis jika mahu dibandingkan dengan filem awalnya itu. Beberapa tahun berlalu dan kini beliau muncul dengan naskah yang sama sekali belum pernah dicubanya:

Remake komedi filem lama yang diberi nafas baharu.

Going In Style, merupakan sebuah filem kontemporari yang dibikin semula berdasarkan sebuah filem klasik tahun 1979 dengan judul serupa. Ia menceritakan kisah tiga warga emas dan sahabat lama lakonan trio pemenang Anugerah Academy iaitu Michael Caine, Morgan Freeman dan Alan Arkin yang merancang untuk merompak bank. Michael Caine pernah muncul sebagai pembantu peribadi Bruce Wayne/Batman manakala Morgan Freeman pula sebagai Presiden Wayne Enterprises dalam filem adaptasi komik, trilogi The Dark Knight (2005-2012) arahan Christopher Nolan.

Punca sebenar mereka bertindak demikian dapat anda tonton menerusi treler rasminya di bawah ini:

Berikut pula adalah sinopsis rasmi filem tersebut:

“Lifelong buddies Willie (Morgan Freeman), Joe (Michael Caine) and Al (Alan Arkin), decide to buck retirement and step off the straight-and-narrow for the first time in their lives when their pension fund becomes a corporate casualty. Desperate to pay the bills and come through for their loved ones, the three risk it all by embarking on a daring bid to knock off the very bank that absconded with their money.”

Going in Style akan berada di pawagam seluruh dunia pada 7 April, 2017.

Last modified: January 5, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *