Jeremy Renner Tetap Idamkan Filem Solo (Duo) HAWKEYE/BLACK WIDOW!

249

Written by:

Sudah lama peminat-peminat komik bertanya dan menantikan filem Black Widow dan Hawkeye.

Dan sebelum ini juga Presiden Marvel Studios turut menyatakan bahawa beliau mahu projek ini direalisasikan sekiranya kena pada jalan cerita Semesta Sinematik Marvel (MCU).

Namun hingga hari ini, masih belum ada sebarang pengumuman yang kedengaran.

Malah nampaknya ia berkemungkinan besar tidak akan berlaku dalam tempoh terdekat ini memandangkan ada beberapa filem lagi yang telah disahkan jadual penggambaran dan tayangannya dalam senarai filem MCU sehingga tahun 2019. Akan tetapi seorang bintang utama Avengers yang amat berminat serta mendambakan projek tersebut dijalankan segera adalah Jeremy renner yang popular dengan watak Clint Barton/Hawkeye.

Ditanya semasa satu sesi wawancara dengan Edmonton Sun baru-baru ini tentang idea untuk filem tersebut yang bakal menggabungkannya bersama Scarlett Johannson sebagai Natasha Romanoff/Black Widow, beliau menjawab:

“I always thought it would make sense early on to do a Hawkeye/Widow movie because they’re quite similar. They don’t have powers, have high skill sets and have history together. But I don’t think there are any discussions about that happening. I’d love to do it though.”

Ini satu perkembangan yang tidak berapa optimistik. Akan tetapi masih lagi relevan untuk diperbincangkan.

Dengan slot padat filem Marvel Studios yang sudah masuk Fasa 3 dan Fasa 4, masih tidak dapat dipastikan bila filem ini akan menjadi kenyataan.

Apa pendapat anda tentang idea filem ini? Sila nyatakan pendapat anda seperti biasa pada ruangan komen di bawah.

Last modified: January 5, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *