Disney Bakal Terima Insuran USD$50 Juta Selepas Pemergian Carrie Fisher untuk STAR WARS EPISODE IX!

348

Written by:

FilemGamingKomikSemasaTV

Kematian mengejut Carrie Fisher merupakan satu peristiwa sedih untuk penutup kalendar 2016.

Namun, perkembangan terbaharu yang kami terima daripada sumber The Insurance Insider mendedahkan sesuatu yang di luar jangkaan.

Disney dikhabarkan akan menerima polisi insuran sebanyak USD$50 juta untuk pelakon watak Puteri Leia Organa (kini Jeneral Leia Organa Solo) yang diterima dari pihak Lloyd’s. Ini berdasarkan kandungan kontrak yang menyatakan punca-punca atau sebab-sebab tertentu seandainya pelakon tersebut tidak dapat atau tidak boleh memenuhi tanggungjawab yang dipersetujui dalam perjanjian kontrak untuk saga Star Wars yang baharu.

Malah studio terbabit juga melakukan perkara serta tindakan yang sama untuk semua pelakon-pelakon senior dengan kemunculan mereka untuk sudi kembali beraksi untuk francais ciptaan George Lucas itu.

Apabila Carrie Fisher menamatkan sesi penggambarannya untuk Star Wars Episode VIII, laman web tersebut melaporkan lagi bahawa beliau dijadualkan untuk “memegang peranan yang sangat penting untuk Star Wars Episode IX“. Ini secara tidak langsung menjelaskan mengapa pihak Disney Studio akan menerima bayaran untuk polisi insuran di atas tetapi apa yang bakal dilakukan dengan wang yang banyak itu tidak didedahkan.

Namun begitu dengan pihak Disney masih lagi mendapat keuntungan dengan hasil jualan produk yang memiliki nama Princess Leia, mereka dijangkakan akan mengalami sedikit kerugian berkala rentetan daripada pemergian Carrie Fisher. Sama ada Star Wars Episode VIII bakal menjalani penggambaran semula atau perubahan skrip bakal berlaku untuk filem seterusnya, ada kemungkinan juga wang yang diterima itu akan digunakan.

Apa pendapat anda? Nyatakan komen anda seperti biasa dalam ruangan di bawah.

Last modified: January 5, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *