BELASUNGKAWA | Pencipta dan Pelukis Master Q, Alfonso Wong Meninggal Dunia pada Usia 93

144

Written by:

Selamat tinggal, Master Q.

Kartunis Alfonso Wong (王家禧) yang cukup terkenal menerusi komik Master Q atau Lao Fu Zi telah meninggal dunia pada tanggal tahun baru yang lalu bertarikh 1 Januari, 2017 pada 5:57 pagi di Amerika Syarikat.

 “My life is like a comic strip. I will make Old Master Q captivate my audience as much as I can.”

Kartunis popular ini dilahirkan di Tianjin pada 1925 dan berhijrah ke Hong Kong pada 1956. Di situ, beliau menggunakan nama pena Wang Ze (王澤) sempena nama anak sulungnya untuk mencipta watak Master Q untuk siri komik yang menggambarkan kehidupan kita seharian.

Bukan sahaja berkartun, malah beliau juga amat gemar memancing dan menghasilkan seni tanah liat serta berbakat dalam sukan renang dan luncur ais. Tidak cukup dengan itu, kehebatannya bermain drum turut meningkatkan kemahiran melukisnya dengan lebih pantas. Pengalaman dan reputasi beliau telah banyak membantu serta menyemarakkan industri komik pada zamannya.

Anak beliau yang kini baru bersara daripada pensyarah senibina sudah mula menghimpun dan dan mengarkibkan lukisan-lukisan ayahnya sejak tahun 1995.

 

Last modified: January 5, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *