Usain Bolt Sedia Muncul dalam Filem THE FLASH!

207

Written by:

FilemKomikSemasaTV

Apakah kita bakal melihat Usain Bolt berlumba dengan The Flash?

Bayangkan satu babak dalam filem The Flash yang mana kita dapat melihat laporan berita atau temubual televisyen khas bersama seorang pakar mengenai adiwira paling pantas DC Comics itu. Dan siapakah yang lebih layak untuk dijadikan cameo kalau bukan Usain Bolt!

Kemunculan oleh jaguh pecut dunia dan pemenang 9 pingat emas Olimpik itu berkemungkinan besar dikhabarkan boleh berlaku sekiranya Rick Famuyiwa masih lagi kekal sebagai pengarah. Ini kerana beliau pernah mengarahkan iklan minuman Gatorade yang dibintangi Usain Bolt sempena temasya Sukan Olimpik Rio pada tahun lalu.

Malang sekali dengan kerusi pengarah The Flash kini telah dikosongkan, kita masih belum dapat kepastian atau petunjuk apakah mungkin filem tersebut akan memulakan penggambaran pada tahun ini.

Tonton pengakuan Usain Bolt yang sudi membuat kemunculan istimewa (cameo) untuk filem itu menerusi wawancara MTV di bawah ini:

The Flash dirancang untuk tayangan di pawagam seluruh pada 16 Mac, 2018

 

Last modified: January 4, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *