Michael Keaton Akhirnya Dedah Punca Tidak Kembali untuk BATMAN FOREVER!

566

Written by:

Tahukah anda Michael Keaton sebenarnya masih berhajat untuk berlakon dalam filem ketiga Batman?

Ramai telah sedia maklum bahawa Michael Keaton enggan untuk kembali beraksi sebagai Batman untuk filem Batman Forever apabila pengarah director Tim Burton berkeptuusan meninggalkan projek tersebut.

Dan dalam satu wawancara eksklusif bersama THR Award Chatter Podcast, calon Pelakon Terbaik Anugerah Academy 2014 untuk filem Birdman itu turut mendedahkan bahawa beliau sebenarnya telah melalui terlalu banyak sesi pertemuan demi pertemuan untuk filem tersebut tetapi skrip dan sikap pengarah baharu Joel Schumacher merupakan punca utama beliau tidak kembali sebagai Batman/Bruce Wayne.Spekulasi selama lebih dua dekad itu dijawab dengan tawa oleh Michael Keaton dengan berkata:

“Let me simplify it for you: it sucked. The script was never good. I didn’t understand why he Joel Schumacher wanted to do what he wanted to do and I knew it was in trouble when he said, ‘why does everything have to be so dark?'”

Michael Keaton juga turut mengaku, beliau sanggup untuk bersifat lebih terbuka dan mencuba sesuatu yang berbeza dengan pendekatan pengarah baharu itu seandainya sekiranya Tim Burton masih terlibat.

Namun akhirnya ia tidak menjadi kerana beliau beranggapan bahawa Joel Schumacher ‘tidak faham’ konsep dan sahsiah asas watak dan perwatakan Batman, di dalam komik mahupun menerusi format filem.

Apakah anda ingin lihat Michael Keaton kembali beraksi sebagai Batman/Bruce Wayne atau lega beliau tidak muncul dalam Batman Forever and Batman and Robin sama sekali?

Nyatakan pendapat anda seperti biasa pada ruangan komen di bawah.

Last modified: January 4, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *