Lihat Video dan Foto Eksklusif Pembikinan Makhluk Demogorgon untuk STRANGER THINGS!

317

Written by:

SemasaTV

Masih ingat lagi akan Demogorgon?

Biarpun bukan berdasarkan adaptasi komik, akan tetapi siri web televisyen Stranger Things telah berjaya menarik perhatian ramai apabila ia disiarkan menerusi saluran Netflix pada tahun 2016.

Dengan menggabungkan genre fiksyen sains, seram dan thriller, siri tersebut mungkin paling diingati dengan kehadiran makhluk gori Demogorgon yang berasal dari dimensi ‘Upside Down’. Dengan janaan watak menggunakan teknik efek praktikal dan efek digital khas, Spectral Motion kini telah hadir dengan sebuah video khas di belakang tabir pembikinannya beserta foto-foto eksklusif dengan hasil ciptaan mereka.

Sepeti yang dapat dilihat di bawah ini, ia memperincikan lagi visual tentang penghasilan Demogorgon terutama sekali ketika ia membuka mulutnya yang bercabang lima itu!

Stranger Things Musim Kedua kini sedang aktif menjalankan proses penggambaran tetapi sebarang maklumat mengenainya masih lagi dirahsiakan pihak studio dan Netflix. Walaupun kemunculan Demogorgon mungkin tidak lagi ada, tidak syak lagi kita akan akan dapat menyaksikan makhluk-makhluk baharu menerusi kisah kembara baharu yang bakal ditempuhi oleh Mike, Dustin dan Lucas.

Masih belum ada tarikh siaran rasmi untuk Musim Kedua siri ini diumumkan lagi.

Last modified: January 3, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *