Zack Snyder Pernah Tampil Sebagai Bruce Wayne dalam BATMAN V SUPERMAN: DAWN OF JUSTICE!

334

Written by:

Baca dan bersedia untuk kagum.

Mungkin ramai yang telah sedar dan mengetahui akan kewujudan beberapa cameo sulit yang hadir dalam Batman v Superman: Dawn of Justice. 

Antara yang menarik perhatian adalah Jeffrey Dean Morgan dan Lauren Cohan sebagai Thomas dan Martha Wayne, Michael Cassidy sebagai Jimmy Olsen, Patrick Wilson sebagai suara latar Presiden Amerika Syarikat dan Carla Gugino sebagai suara latar Kelor (pembantu robot untuk keluarga Jor-El dan Lara Lor-Van)

Dan pada hari ini, satu lagi butiran menerusi alam Twitter yang menarik telah didedahkan oleh sinematografer filem tersebut iaitu Larry Fong. Nampaknya pengarah Zack Snyder ada pernah mengambil alih peranan sebagai Bruce Wayne seketika daripada Ben Affleck untuk babak yang mana bilioanir tersebut menjawab panggilan telefon semasa siasatannya untuk menjejaki siapa dia identiti Superman.

Ini masih lagi satu trivia yang menarik dan membuktikan betapa banyak perkara tersorok (easter egg) yang terkandung untuk filem seperti Batman v Superman: Dawn of Justice kerana mungkin 99.9% di antara kita tidak tahu pun bahawa tangan itu milik pengarah.

Dan ini secara teknikal telah menjadikan beliau sebagai Bruce Wayne/Batman walaupun untuk beberapa saat!

Last modified: January 3, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *