Saw Gerrera Muncul Kembali dalam Musim ke-3 STAR WARS REBELS!

159

Written by:

Demam Rogue One masih berterusan.

Selepas membuat kemunculan sulung menerusi siri animasi Star Wars: The Clone Wars, watak Saw Gerrera terus mendapat perhatian lebih besar menerusi filem Rogue One: A Star Wars Story, sepertimana yang dilakonkan oleh pemenang Anugerah Oscars Forest Whitaker.

Dan kini, beliau sekali lagi akan kembali dalam Star Wars Rebels.

Ektremis paranoid yang kita tonton dalam filem antologi itu tampak lebih berusia dan juga wataknya hadir sebagai bebanan serta tekanan buat pakatan pemberontak. Namun untuk versi yang lebih muda ini, beliau kelihatan masih memiliki rasional serta berperikemanusiaan dengan idealisme lebih rasional.

Tonton treler terbaharu berserta sinopsis untuk episod “Ghosts of Geonosis” di bawah ini:

“Part 1: The crew returns to Geonosis in search of a missing rebel team sent to investigate suspicious activity there, and are surprised by what they find.”

“Part 2: After finding a missing rebel team member, the Ghost crew discovers another surprise on Geonosis, and work to conceal it from Imperial forces.”

Star Wars Rebels akan kembali bersiaran menerusi saluran Disney XD pada 7 Januari, 2017.

Last modified: January 3, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *