Gohan Bakal Bertempur Kembali dalam Saga DRAGON BALL SUPER Terbaharu!

543

Written by:

AnimasiMangaSemasaTV

Apa sudah jadi dengan Gohan ini?

Dragon Ball Super yang bakal disiarkan tahun ini mendedahkan bahawa Gohan telah bersara terus dari dunia seni mempertahankan diri dan latihan tempur untuk lebih fokus kepada pengajian akademik. Beliau juga akan lebih memberi perhatian kepada keluarganya susulan daripada kesudahan Saga Majin Buu dalam Dragon Ball Z.

Sejak keputusan yang drastik itu, tahap kuasa dan tenaga Son Gohan telah turun mendadak.

Ini terbukti semasa berlangsungnya jalan cerita Battle of the Gods yang mana Gohan dengan mudah ditumbangkan Beerus dan diperlekehkan orang suruhan Frieza dalam Resurrection of F.

Namun begitu, pertemuan dan perbincangan yang mendalam dan serius dengan Trunks dari masa hadapan semasa jalan cerita Dragon Ball Super bakal menjadi pencetus semangat serta motivasi dalam usaha mengembalikan Gohan ke tahap sebenar demi mempersiapkan diri untuk saga seterusnya yang diberi judul Universe Survival!

Last modified: January 1, 2017

2 Responses to " Gohan Bakal Bertempur Kembali dalam Saga DRAGON BALL SUPER Terbaharu! "

  1. Zill says:

    Yeahhh mmg gohan akan buat comeback slps future trunks saga. Ending tue rambut dia dha lain hex3 btw Arc terbaru nie nampak lebih best sbb semua god of destruction & Kaioshin dari 12 universe akan b’kumpul. Setiap Universe akan m’hantar 10 orang wakil, universe yg kalah akan dimusnahkan oleh Zeno chan :p apax2pun tggu dan lihat ARC terbaru Dragon ball super <3 <3 <3

  2. Zill says:

    Android 17 & Android 18 pun join pergg best best aikk muten roshi tua tua pun masih kuat ke ? hahaha Ten shin han okay lagi sbb dia mmg kuat dan bijak bila berlawan 🙂

    Majin Buu ko jangan pulak tido lagi hahaha.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *