Lex Luthor Telah Mulakan Rancangan Untuk Justice League dari Dalam Penjara?

358

Written by:

Baru-baru ini, Instagram milik LexCorp yang diinspirasikan dari filem Batman v Superman: Dawn of Justice telah dikemaskini dan memberikan satu perkembangan yang menarik untuk tahun 2017.


Ya. CEO dan pemilik LexCorp yakni Tuan Alexander Luthor telah pun dipenjarakan. Namun, ianya business as usual buat syarikat milik usahawan konglomerat bertaraf bilionair tersebut dengan kenyataan yang diberikan di atas.  Apakah projek besar yang bakal berlaku pada tahun 2017 itu?

Mungkinkah secara senyap-senyap Lex Luthor telah bekerja dan mengusahakan sesuatu secara sulit dari dalam sel lokapnya? Atau mungkinkah projek besar ini ada kena mengena dengan penemuan beliau berdasarkan babak lupus (deleted scene) yang didedahkan baru-baru ini serta terus berhubungkait dengan filem Justice League pada tahun hadapan?

bvs-deleted-scene-lex-luthor

jesse-eisenberg-lex-luthor (1)

Kita hanya perlu megambil sikap tunggu dan lihat. Sementara itu, sila kemukakan dan bincangkan teori anda di sini sekiranya anda dapat tahu apakah rancangan beliau itu.

Justice League: Part One akan berada di pawagam seluruh dunia pada 16 November, 2017

 

Last modified: April 6, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *