Komik Poe Dameron Keluar Hari Ini!

381

Written by:

Setakat ini, semua judul-judul komik Star Wars yang diterbitkan oleh Marvel adalah sangat baik dan berjaya memenangi hati peminatnya.

Apa tidaknya: Semua karakter dan jalan cerita yang mereka tulis dan lukis adalah francais yang amat popular dan disukai ramai sejak berdekad lamanya. Ini termasuklah karakter-karakter dan jalan cerita baharu pasca Star Wars: The Force Awakens. Terkini adalah komik Star Wars: Poe Dameron yang telah menemui pembacanya hari ini.

oxu7etcvqrzbuzmzhc9p

Star Wars: Poe Dameron isu #1 adalah hasil tulisan Charles Soule (Death of Wolverine, Daredevil) serta dilukis oleh Phil Noto (Before Watchmen, Black Widow). Untuk kisah kali ini, ia berlaku sebelum berlangsungnya jalan cerita dalam filem Star Wars: The Force Awakens.

Jeneral Leia telah mengarahkan Poe untuk menjejaki sumber maklumat yang dapat mengesahkan kedudukan kembarnya, Luke Skywalker. Dengan tujuan itu, Poe telah mengumpulkal skuadron juruterbang terbaik dalam armada X-Wing termasuk beberapa karakter yang muncul dalam Star Wars: The Force Awakens namun belum diperkembangkan perwatakannya.

Mari kita sama-sama lihat beberapa muka surat dalam komik tersebut (termasuk empat alternatif kulit muka hadapan daripada empat pelukis komik yang berbeza):

Star-Wars-Poe-Dameron-1-Preview-1-9a401

Star-Wars-Poe-Dameron-1-Preview-2-c6394

Star-Wars-Poe-Dameron-1-Preview-3-d23de

Poe-Dameron-1-Quinones-BB-8-Variant-56d7f

Poe-Dameron-1-Nakayama-Jaxxon-Party-Variant-8d7ba

Poe-Dameron-1-Action-Figure-Variant-c9d4e

 

Poe-Dameron-1-Cassaday-Variant-de8c4

Last modified: April 6, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *