Satu Lagi Kejutan Rahsia daripada Batman dan Superman?

1017

Written by:

Ada tinggal lebih kurang sebulan lagi sebelum kita dapat melihat aksi Superman, Batman dan Wonder Woman bersatu buat pertama kalinya di layar pawagam dalam Batman v Superman: Dawn of Justice. Trailer terakhir filem tersebut telah dipertontonkan pada minggu lalu, namun sumber memberitahu kami akan ada satu lagi kejutan untuk kita semua pada minggu hadapan.

Dilaporkan Ben Affleck dan Henry Cavill akan muncul sebagai tetamu undangan khas dalam program Good Morning America menerusi saluran ABC pada hari Ahad depan (21 Februari, 2016). Berdasarkan promo iklan televisyen yang disiarkan semalam, ia mengandungi beberapa babak-babak baru yang belum pernah dilihat sebelum ini!

Batman v Superman: Dawn of Justice akan berada di pawagam pada 24 Mac, 2016.

batman-v-superman-empire-cover-hd

Last modified: February 14, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *