Mungkinkah Ini Judul Filem Spider-Man Baharu?

577

Written by:

Adakah Sony dan Disney Pictures sudah menemukan judul untuk filem reboot Spider-Man mereka?

Seperti yang dimaklumkan kepada kami oleh satu sumber, studio tersebut baru-baru ini telah mendaftarkan nama URL spidermanhomecomingthemovie.com yang menghala terus ke laman wen rasmi Sony Picture dan jelas adalah rujukan kepada siri komik The Amazing Spider-Man yang pernah popular pada tahun 1980an. Dalam naskah isu #252 (Mei 1984) dengan nama ‘Homecoming’, jalan cerita ini juga menampilkan Captain America dan Iron Man dan kemunculan pertama seragam simbiotik Venom selepas siri mini Secret War!

spidey2521

Walaupun berita ini belum lagi disahkan secara rasmi oleh pihak Marvel Studios sendiri, kita masih boleh menganggap ini adalah petunjuk besar menuju ke arah tayangan umumnya tahun hadapan. Judul Spider-Man: Homecoming mungkin kurang sesuai atau tidak komersial. Akan tetapi dalam dunia komik dan filem, macam-macam pernah terjadi sebelum ini.

Filem reboot Spider-Man belum berjudul ini akan berada di pawagam pada 6 Julai, 2017

Last modified: April 5, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *