Mari Mengenali Four Horsemen dalam X-Men: Apocalypse!

496

Written by:

20th Century Fox sebentar tadi telah mendedahkan sebuah video promosi khas untuk filem X-Men: Apocalypse yang memperlihatkan beberapa babak baharu beserta temubual bersama barisan pelakonnya. Ia memberikan tumpuan kepada The Four Horsemen, yakni orang-orang kanan kepada Apocalypse yang diberikan kuasa lebih berganda serta bertanggungjawab untuk memporak-perandakan keadaan demi memenuhi hasratnya menjadikan manusia hamba kepada spesis mutan.

Ada beberapa versi dan reinkarnasi sekiranya anda membaca serta mengikuti perkembangan cerita Apocalypse dalam semua komik-komik yang ada penampilannya. Dalam filem ini, ia terdiri daripada Storm (Gering), Magneto (Perang), Archangel (Maut) dan Psylocke (Wabak).

X-Men: Apocalypse diarahkan sekali lagi oleh Bryan Singer dan akan berada di pawagam pada 26 Mei, 2016

 

 

Last modified: April 4, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *