Siapakah Nama Sebenar Penjahat Doctor Strange Ini?

504

Written by:

Pengarah Scott Derrickson akhirnya telah mengumumkan penggambaran prinsipal untuk filem Doctor Strange telah pun tamat. Kini, semuanya akan menjalani proses pasca produksi yang panjang demi untuk tayangan perdananya pada bulan November nanti.

Untuk tahun 2017 pula, Marvel Studios bakal muncul dengan filem Guardians of the Galaxy: Volume 2 (4 Mei, 2017), Spider-Man (6 Julai, 2017) dan Thor: Ragnarok (2 November, 2017) bagi meneruskan aturan Fasa 3 Marvel Cinematic Universe.

Berbalik kepada cerita Doctor Strange.

Selepas menjalani sesi penggambaran prinsipal secara senyap, Marvel Studios nampaknya telah membuka pintu untuk kita sama-sama saksikan perkembangan yang berlaku di sebalik tabir pembikinan filem Doctor Strange. Sejak semalam, banyak foto-foto telah diperlihatkan. Dan pada hari ini, keterujaan itu diteruskan dengan gambaran pelakon prolifik Mads Mikkelsen (Casino Royale, Rogue One: A Star Wars Story) yang memegang watak penjahat.

DR-STRANGE-v1-172-Grade-80-Silver-Age-Marvel-I-Dormammu-301798847796

Persoalannya sekarang adakah beliau akan menjadi Dormammu? Mephisto? Blackheart? Nightmare? Kaluu? Siapakah watak penjahat misteri ini? Kerana hingga ke waktu ini, tidak ada apa-apa sebarang maklumat atau pengumuman daro sumber rasmi yang mengesahkan siapakah nama watak yang beliau pegang itu.

Sila lihat sendiri foto-foto terbaru di bawah ini dan anda dialu-alukan untuk membuat tekaan anda sendiri.

020

019

029

013

033

006

021

005

003

002

Doctor Strange akan berada di pawagam pada 3 November, 2016

Last modified: April 4, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *