Kapal Terbang Konsep Star Wars dari Jepun!

749

Written by:

Baru-baru ini, All Nippon Airways (ANA) telah mendedahkan pesawat terakhirnya dalam Siri Edisi Khas Star Wars/ANA sejak dilancarkan pada akhir tahun lalu. Pesawat tersebut yang menampilkan karakter BB-8 daripada filem Star Wars: The Force Awakens merupakan sebuah Boeing 777-300ER yang sebelum ini diperkenalkan dalam konsep R2-D2 dan Star Wars Klasik.

Dari seragam pramugari dan rekaan dalaman sehinggalah ke bekas makanan dan minuman serta pencahayaan dalaman, hampir semua konsep filem sains fiksyen epik ciptaan George Lucas itu telah dijadikan inspirasi dalam penerbangan ANA untuk promosi pemasaran istimewa buat semua penumpang, terutamanya peminat pesawat mereka.

LOS ANGELES, CALIFORNIA - MARCH 28: ANA's BB-8 themed jet lands in Los Angeles in celebration of in-home release of STAR WARS: THE FORCE AWAKENS on March 28, 2016 in Los Angeles, California. (Photo by Alberto E. Rodriguez/Getty Images for Disney)

LOS ANGELES, CALIFORNIA - MARCH 28: ANA's BB-8 themed jet lands in Los Angeles in celebration of in-home release of STAR WARS: THE FORCE AWAKENS on March 28, 2016 in Los Angeles, California. (Photo by Alberto E. Rodriguez/Getty Images for Disney)

BB-8-star-wars-force-awakens

Screen Shot 2016-04-03 at 4.53.06 PM

55f4ab3069153

star-wars-plane

Pada tahun lalu, Disney dan Lucasfilm telah membuat perjanjian dengan ANA Airways untuk menghiasi pesawat udara mereka dengan rekaan Star Wars demi mempromosi filem Star Wars: The Force Awaken secara eksklusif. Ini termasuk perjanjian jualan cenderamata, pakaian serta produk-produk berkaitan yang lain.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi ANA Airways.

 

Last modified: April 3, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *