Ubisoft Mengesahkan Tiada Sebarang Permainan Baru Assassin’s Creed Pada Tahun Ini

260

Written by:

Untuk beberapa tahun yang lepas, pihak Ubisoft telah hadir dengan versi baru permainan Assassin’s Creed – dimana setiap satu menawarkan pengalaman permainan yang baik dan jalan cerita yang sinonim dengan genre berkenaan.

Assassin's Creed

Terkini, untuk tahun ini, pihak Ubisoft mengumumkan mereka akan merehatkan siri berkenaan, dan tiada sebarang permainan baru daripada siri tersebut akan diterbitkan.

Pihak Ubisoft mengatakan mereka akan menambah-baik pelbagai mekanik permainan, dan akan hadir dengan kaedah permainan yang lebih unik pada versi akan datang.

Apa pun, untuk peminat permainan berkenaan, Ubisoft turut mengatakan untuk menantikan filem aksi pertamanya yang bakal ditayangkan pada 21 Disember 2016 kelak.

Last modified: February 11, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *