Deadpool Sendiri Umumkan Format Blu-ray, VHS, & Laser Disc (?)

411

Written by:

Hehe. Acah-acah saja tadi. Mana ada VHS dan Laser Disc.

Baru sebentar tadi, teraju utama filem Deadpool iaitu Ryan Reynolds dengan rasmi telah mengumumkan bila masa dan ketikanya untuk kita semua mendapatkan filem tersebut dalam format Blu-ray dan DVD.

Khabar angin telah bertiup kencang beberapa minggu ini bahawa filem blockbuster itu akan dipasarkan dalam format Blu-ray dan DVD pada bulan Mei nanti. Dan ianya telah disahkan secara rasmi pada hari ini dan ia pasti akan berada di pasaran pada 10 Mei, 2016 dalam format Blu-ray Ultra HD 4K, Blu-ray dan DVD. Perincian video bonus yang dijamin hebat dalam format di atas masih lagi belum didedahkan. Ada maklumat yang kami perolehi kita akan dapat tonton penamat alternatif (alternate ending) yang berbeza dalam format-format di atas.

Namun kami yakin ia pasti berbaloi untuk dimiliki setelah filem ini mencecah kutipan pecah panggung sebanyak USD$745.9 seluruh dunia (modal pembikinan filem ini hanya sebanyak USD58 juta sahaja!)

Untuk itu, sila baca pengumuman rasmi yang di buat oleh penerbit dan pelakon filem mutan pembunuh upahan X-Men itu sendiri di bawah ini:

91_Yc_O8_JSOr_L_SL1500

UGqeEB6

 

Last modified: April 1, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *