Trailer Akhir Filem Batman vs Superman Diterbitkan – Batman Tampak Garang

238

Written by:

Batman vs Superman merupakan salah satu filem yang dinantikan ramai peminat komik mahupun filem seluruh dunia, dimana ia bakal menyaksikan dua hero terhebat DC Comics bertembung dalam skrin yang sama. Ia juga bakal menjadi salah satu filem pembuka untuk Justice League yang akan datang.

Melalui trailer akhir yang dikeluarkan hari ini, ia memperlihatkan watak Batman dan juga Superman, selain turut memperlihatkan aksi Wonder Woman secara ringkas.

Trailer ini juga turut mempertontonkan Batman dan Superman berlawan, dan ia berakhir dengan Superman yang terkejut apabila Batman berjaya menahan serangannya.

Filem ini akan mula ditayangkan pada penghujung Mac kelak.

Last modified: February 11, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *