Privisa Animasi Dari Poland Yang Menawan!

377

Written by:

Privisa_01

Privisa merupakan sebuah naskah animasi berasal dari Poland yang mengisahkan tentang Wolfin, seorang budak lelaki berusia 11 tahun yang tidak mahu membesar sampai bila-bila. Namun segalanya nampak mustahil apabila tiba masa untuk beliau memotong rambutnya yang panjang itu sejak kecil. Beliau memberontak dan di situlah bermula kisah kita. Macam biasa kita dengar bukan?

Ramai yang terbabit dalam produksi animasi ini pernah juga terbabit dalam pembikinan permainan video The Witcher 3 dan studio besar seperti Electronic Arts. Kita telah melihat banyak filem animasi yang berlatarbelakangkan sejarah Jepun namun kurang tentang di Eropah, terutama sekali Eropah Timur.

Ianya diarahkan oleh Marcin Karolewski dan menggabungkan pasukan animasi dari tiga studio yang berpusat di Poland iaitu Juice, Patige Films dan Flat Foot Films. Selain treler di atas, anda juga diperlihatkan dengan konsep dan lakaran daripada filem tersebut yang tampak hebat dan kemas sekali!

Privisa03

ncalcq6aqlov3co0c3qa

apylpnrweeunjhajfmcn

hfemb6vtls4pt4gctts9

khex8inoofhtjqvlarkn

d08zwl37is7s7cfyj3qo

enivznowyuiumqq7ldwc

sw6l7hkmctdq53air3gx

Privisa masih lagi dalam fasa produksi dan dijangka siap untuk tayangan terhad dan pawagam terpilih seluruh dunia pada penghujung tahun 2016.

 

 

Last modified: April 1, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *