Treler Filem Raja Bola Dunia Pelé!

431

Written by:

Screenshot-2016-03-25-06.05.10

Selepas demam Ola Bola sudah mulai reda, kini peminat-peminat filem bolasepak akan dapat menonton dan mengalami sendiri imbauan kisah hidup legenda Raja Bola Dunia, Edson Arantes do Nascimento atau lebih dikenali dengan nama Pelé.

Filem ini diberi judul Pelé: Birth of a Legend dan sepatutnya dikeluarkan pada tahun 2014 ketika Brazil menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA. Namun disebabkan masalah pasca produksi dan suntingan, ia terpaksa ditangguhkan dan akhirnya tampil juga menemui penonton pada tahun ini. Treler ini mempertontonkan kepada kita bagaimana Pelé memulakan karier dan sejarah hidupnya sebagai pemain bolasepak di sebuah perkampungan kecil bernama Bauru di daerah Sao Paulo dan seterusnya menjadi ikon besar yang memberi inspirasi kepada seluruh negara dan dunia pada seawal usia 16 tahun sehingga di beri gelaran ‘Raja Bola’!

Untuk pengetahuan anda juga, skor dan runut bunyi filem ini dihasilkan oleh komposer AR Rahman (Padayappa, Sivaji)

Pelé: Birth of a Legend akan berada di pasaran dan pawagam terpilih seluruh dunia pada 5 Mei, 2016

Last modified: March 31, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *