Treler Teaser XX Ray III Sudah Keluar!

1558

Written by:

Ini ada berita baik untuk peminat tegar filem cult classic sains fiksyen arahan Aziz M. Osman.

Setelah sekian lama menanti sambungan kepada XX Ray (1992) dan XX Ray II (1995), kita semua akan bakal dipertontonkan dengan pelengkap trilogi filem tersebut dengan XX Ray III pada tahun hadapan!

12494836_10153635705584141_9162727163760196861_n

Kredit Foto: Aziz M. Osman

Berdasarkan treler teaser  yang baru dilancarkan sebentar tadi, filem sains fiksyen tempatan yang pernah popular sekitar tahun 90an itu akan kembali dengan menyaksikam Rayyan lakonan Izzue Islam sebagai teraju utama bersama pelakon-pelakon baru yang lain.

Aziz M. Osman mula membayangkan penghasilan bagi filem terebut sejak tahun 2011 lagi. Beliau mengambil masa selama lebih 20 tahun sebelum mengambil keputusan untuk menulis sekuel filem XX Ray II kerana ingin memastikan plot dan jalan cerita ditampilkan segar dan tidak ketinggalan zaman. Dia juga dikatakan menggunakan kepakaran tenaga kerja tempatan untuk melakukan teknik janaan imej berkomputer (CGI). Pencarian bagi teraju utama dan penghasilan skrip filem ini telah dimulakan pada bulan Jun 2015 yang lalu.

Proses penggambaran bagi filem ini dilakukan di Johor Bahru serta sekitar Kuala Lumpur dan bakal menemui kita semua di pawagam pada tahun 2017.

Last modified: March 31, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *