Kingsman Kembali Memburu Bulatan Emas!

453

Written by:

Menurut petikan daripada satu sumber majalah filem antarabangsa, sekuel filem Kingsman: The Secret Service sudah mempunyai judul rasmi.

Ianya akan diberi nama Kingsman: The Golden Circle.

d1146301eace76b42ccead6bec90a582

Majalah itu juga memaparkan ilustrasi konsep rasmi daripada filem tersebut. Berdasarkan paparan ilustrasi-ilustrasi di bawah ini, kita dapat melihat Markas Kingsman yang telah hancur binasa, Markas Statesman (iaitu satu lagi organisasi perisik versi Amerika Syarikat) dan Poppyland (lokasi persembunyian seteru utama bernama Poppy lakonan Julianne Moore).

Filem ini dilaporkan bermula apabila Eggsy dan Merlin dipanggil untuk datang ke Amerika Syarikat dan berhadapan sebuah organisasi perisik yang dianggotai oleh sekumpulan koboi elit di bawah Jack dan Ginger (lakonan Halle Berry). Menurut pengarah Matthew Vaughn, dia sebenarnya tidak pasti sama ada mahu mengarahkan sekuel kali ini atau pun tidak kerana agak khuatir dengan pemilihan penjahatnya. Namun apabila berbincang dengan penerbit dan penulis skrip, semuanya tampak pasti dan kini dia secara rasmi akan kembali menerajui filem tersebut yang dikhabarkan menemui kita pada pertengahan 2017.

002 - Copy (2)

003

002

002 - Copy

Last modified: March 30, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *