Kim Jung Gi Gegar Marvel!

466

Written by:

llustrator luarbiasa dan tersohor daripada Korea Selatan, Kim Jung Gi telah dilamar oleh Marvel baru-baru ini untuk mengabadikan hasil sentuhan magisnya untuk kulit muka hadapan komik Civil War II yang bakal terbit Jun 2016.

Beliau amat dikagumi kerana kebolehan dan kemampuan visualisasi yang tinggi sebelum mula meletakkan pena berusnya di atas kertas atau layar kanvas untuk melukis. Pendek kata, dia memang handal yang amat. Dan buat pertama kalinya, bakat agung beliau itu akan diperlihatkan melalui semesta Marvel dengan satu ilustrasi paparan babak tempur yang epik!
Kim_Jung_Gi_Civil_War_II_Connecting_Variants

Foto Ehsan: WWW.MARVEL.COM

Komik dengan varian kulit hadapan karya beliau ini akan bermula pada bulan Mei dengan Civil War II isu #0 dan terus berkesinambungan pada keluaran isu #1 hingga #7 sepanjang komik siri ini itu berlangsung.

Untuk makluman anda juga, artis berusia 40 tahun ini juga pernah berkhidmat selama dua tahun dalam Angkatan Tentera Korea Selatan yang membolehkan beliau mengasah ketajaman memorinya dalam menghafal kenderaan dan senjata bagi tujuan merekod maklumat dan data militari.

Mari kita sama-sama tonton proses hasil kulit hadapan komik itu yang dicipta dari awal hingga akhir di sini:

Last modified: March 30, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *