Filem Sonic The Hedgehog Akan Hadir Pada 2018 – Gabungkan Animasi Dan Lakonan Hidup

391

Written by:

Sonic the Hedgehog merupakan salah satu watak yang diminati ramai dalam dunia permainan video. Beberapa animasi watak berkenaan sedia terdapat di pasaran, dan kini ia dilihat sebuah filem berkenaan watak berkenaan sedang dibangunkan.

Sonic the Hedgehog

Filem Sonic the Hedgehog ini dijadualkan untuk dilancarkan pada tahun 2018 kelak, dan ia dijangka akan menjadi filem yang gabungkan animasi dan juga lakonan hidup. Filem ini dikatakan akan dibangunkan bersama oleh Sony Pictures.

Membawa filem ini ke skrin utama adalah salah satu matlamat utama pihak Sega, dalam usaha membawa jenama mereka terkenal dalam arena hiburan seluruh dunia dan mempopularkan jenama Sega kembali seperti dulu.

Plot dan jalan cerita filem ini masih menjadi tanda tanya, dan mungkin akan lebih diketahui dalam setahun dua lagi.

Last modified: February 11, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *