Invisible Man Kembali dengan Versi Johnny Depp

248

Written by:

uR7qzFwgOIi6ablZd3XVEAtm4cLNUW1S

Menurut laporan sebuah sumber, Johnny Depp telah pun menandatangani kontrak untuk membintangi filem adaptasi novel klasik H.G Well, The Invisible Man. Skrip dikhabarkan pula akan ditulis oleh oleh Ed Solomon (Men In Black), manakala Alex Kurtzman dan Chris Morgan dilantik sebagai penerbit bersama.

Selain beliau, terdahulu bintang ternama Hollywood iaitu Tom Cruise telah disahkan akan berlakon dalam remake filem versi asal The Mummy dengan tarikh tayangan pada 9 Jun, 2017. Ia dikatakan sebagai perintis kepada kebangkitan semula Monster Movie Universe yang pernah gemilang pada era 1930an dan 1940an di bawah kelolaan Universal Pictures.

Sasaran yang berikutnya? Angelina Jolie sebagai teraju utama dalam ‘remake’ Bride of Frankenstein.

Last modified: February 11, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *