Wonder Woman Tampil Bersama Ibunda-ibundanya!

391

Written by:

Themyscira merupakan sebuah pulau yang terlindung daripada pengetahuan umum di mana Tamaduan Wanita Amazon dari mitos Yunani hidup selama beratus-ratus tahun lamanya. Mereka hidup rukun damai dan harmoni serta bebas dari penguasaan dan pentadbiran kaum Adam. Dan seperti yang sudah kita sedia maklum juga adalah tempat lahir Puteri Diana atau lebih dikenali dengan nama Wonder Woman.

Setelah membuat kemunculan sulung secara rasmi di pawagam dalam filem Batman v Superman: Dawn of Justice, akhirnya kita akan dapat menyaksikan sebuah filem adiwira wanita yang kredibel dan karismatik sejak dari zaman kelahirannya sehingga muncul menjadi panglima perang paling unggul pernah keluar dari tanah Amazon!

Di sini, kita dapat lihat imej eksklusif Puteri Diana  bersama Panglima-panglima Amazon yang gagah perkasa itu buat kali pertama:

agZbz0Q

Mempersiapkan beliau untuk menghadapi cabaran menjadi Perwira Amazon itu adalah ibundanya sendiri, Permaisuri Hippolyta (Connie Nielsen) bersama dengan dua ibu saudaranya yang militan iaitu Jeneral Antiope (Robin Wright) dan Leftenan Menalippe (Lisa Loven Kongsli). Serikandi Trio Amazon inilah yang bertanggungjawab membesarkan dan melatih Diana walaupun kerapkali berbeza pendapat dan kaedah.

Filem Wonder Woman arahan Patty Jenkins (Monster) ini akan berada di pawagam pada 22 Jun, 2017

Last modified: March 30, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *