Treler LEGO Batman Baru Tampil Menceriakan Hari dan Hati Anda!

414

Written by:

AnimasiFilemKomikSemasa

Ada yang masih lagi kecewa serta kecundang dengan reaksi dan rebiu kurang enak untuk filem Batman v Superman: Dawn of Justice? Izinkan kami mengesyorkan rekomendasi yang lain daripada yang lain bagi merawat hati anda yang duka lara itu.

Pada tahun hadapan, kita semua akan dapan menonton sebuah filem Batman yang agak berbeza jika mahu dibandingkan dengan mana-mana versi filem Batman yang pernah ditayangkan sebelum ini. Ya, filem yang dimaksudkan itu adalah The LEGO Batman Movie oleh Warner Bros. dan Warner Animation Group dengan kerjasama produksi bersama LEGO.

Treler teaser baru sahaja dilancarkan. Untuk itu, mari kita layan sama-sama dengan penuh riang dan ria kerana ‘Everything is Awesome’ dengan treler ini!

The LEGO Batman Movie akan dapat ditonton seluruh dunia pada 9 Februari, 2017

Last modified: March 25, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *