Anggota Utama Justice League Berfoto Buat Pertama Kali!

454

Written by:

Sebelum kami terbitkan rebiu untuk filem Batman v Superman: Dawn of Justice esok, apa kata kita tatap wajah bintang-bintang yang bakal membarisi Justice League buat pertama kalinya dalam satu foto!

Walau apapun kata dan ulasan kritik tentang filem sulung DC Extended Universe yang sedang hangat diperkatakan kala ini, pengarah Zack Snyder dan angkatan produksinya masih tetap meneruskan perancangan untuk filem The Justice League: Part One tidak lama lagi. Dan sementara mereka bersiap sedia untuk memulakan penggambaran yang akan bermula April depan, teraju utama Ben Affleck (Batman/Bruce Wayne), Henry Cavill (Superman/Clark Kent), Gal Gadot (Wonder Woman/Diana Prince), Jason Momoa (Aquaman/Arthur Curry), Ray Fisher (Victor Stone/Cyborg) dan Ezra Miller (Barry Allen/The Flash) telah berjumpa dan berfoto untuk kali pertama secara berkumpulan dalam satu acara gala karpet merah sekitar Eropah semalam.

Kebetulan pula, pra-produksi untuk filem The Justice League: Part One juga telah mula rancak dilakukan di sana.

Kredit foto kepada pelakon yang memegang watak Raja Tujuh Lautan, Aquaman iaitu Jason Momoa di atas post Instagram beliau yang cool ini!

 

View this post on Instagram

My new ohana.

A post shared by Jason Momoa (@prideofgypsies) on

 

View this post on Instagram

TROUBLE

A post shared by Jason Momoa (@prideofgypsies) on

 

View this post on Instagram

Out of his element Drunk on air Arthur curry

A post shared by Jason Momoa (@prideofgypsies) on

The Justice League: Part One akan berada di pawagam pada 16 November, 2017. Manakala The Justice League: Part Two pula pada 13 Jun, 2019.

Last modified: March 24, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *