Filem LEGO Batman Bakal Hadir Pada Februari 2017

451

Written by:

Pada minggu ini, filem Batman v Superman bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara. Bagi anda yang inginkan lebih aksi Batman selain daripada filem berkenaan, kini boleh nantikan sebuah filem khusus yang bakal ditayangkan pada tahun hadapan – bertemakan LEGO.

Seperti ramai sedia maklum, sebelum ini sendiri LEGO sedia hadir dengan beberapa promosi khusus bertemakan dengan adiwira. Untuk filem LEGO Batman Movie ini, ia juga akan memfokuskan kepada watak Robin dan juga Batgirl.

Trailer untuk filem LEGO Batman ini dijangka akan diterbitkan pada minggu ini, sementara filem berkenaan bakal ditayangkan pada 10 Februari 2017 kelak.

Last modified: March 22, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *