Harry Potter Lawan Geng Ahli Silap Mata Lex Luthor!

504

Written by:

Sekiranya anda merindui Mark Ruffalo (The Avengers), Jesse Eisenberg (Batman v Superman: Dawn of Justice) dan teman-teman ahli silap matanya yang lain, maka kehadiran treler sekuel filem Now You See Me 2 ini pasti akan membuatkan anda semua begitu teruja sekali.

Geng ahli silap mata licik ini kembali lagi. Namun, mereka muncul semula dengan membawa teman baru dan juga tidak kurang popular: Daniel Radcliffe atau lebih dikenali sebagai Harry Potter! Daripada treler ini, ia jelas menunjukkan bahawa beliau akan menjadi seteru utama mereka dan bakal menggerakkan plot utama untuk kisah kali ini.

Bukankah ia sesuatu yang menarik setelah sekian lama menyaksikan beliau hanya melakonkan watak orang baik sahaja dan untuk pertama kalinya bertukar pihak menjadi crook?

Now You See Me 2 akan berada di pawagam pada 9 Jun, 2016

Last modified: March 21, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *