Silicon Valley Musim Ketiga Akan Mula Ditayangkan Pada 24 April

357

Written by:

Silicon Valley

SemasaTV

Bagi anda yang berminat dengan arena keusahawanan teknologi, dan pada masa yang sama ingin mengikuti kisah berbentuk komedi dalam pembangunan sesuatu projek, mungkin Silicon Valley tidak asing untuk anda. Pada tahun ini, HBO akan hadir dengan musim ketiga siri berkenaan, dan bakal ditayangkan pada 24 April kelak di Amerika Syarikat.

Siri Silicon Valley musim kedua yang lepas telah berakhir dengan Richard yang mula dibuang daripada syarikat milik beliau sendiri, dan digantikan oleh CEO baru. Musim ketiga meneruskan kisah berkenaan, dan terus memperlihatkan bagaimana Richard dan pasukan beliau bersusah-payah dan melalui pelbagai rintangan dalam meneruskan syarikat beliau.

Last modified: March 22, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *