Selepas Daredevil dan Jessica Jones, Kita Ada Luke Cage Dari Netflix!

357

Written by:

Treler rasmi untuk siri televisyen Netflix dari Marvel, Luke Cage telah dipertontonkan hari ini buat pertama kali dan ia tampak padu!

Sejurus apabila kita semua selesai menonton Musim Kedua Daredevil yang telah pun dilancarkan semalam, kita akan ‘dikejutkan’ dengan treler 24 saat untuk siri televisyen Luke Cage dalam mod autoplay. Ia menampilkalkan Mike Colter sebagai watak adiwira tersebut yang memiliki kuasa luarbiasa umpama Badang. Hanya satu dialog menarik dan agak lucu yang dapat kita dengar dalam satu babak dalam treler ini:

“I’m about sick of always having to buy new clothes.”

Di akhir treler ini, kita dapat dengar lagu ‘Made You Look’ oleh penyanyi hip-hop ‘Nas serta judul cerita tersebut yang menggunakan font berkonsepkan komik. Luke Cage akan ditayangkan sebanyak 13 episod di Netflix secara serentak seperti Daredevil pada 30 September, 2016.

Last modified: March 19, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *