Sambungan Komik Civil War Sudah Ada Senarai Muktamad!

902

Written by:

Marvel hari ini mendedahkan pasukan dan barisan rasmi superhero-superhero yang akan bertelagah dalam komik mini siri yang dinanti ramai, Civil War II. Dan untuk pengetahuan semua, mungkin ada beberapa nama yang tersenarai ini akan memeranjatkan kita!

Dalam komik mini siri terlaris Civil War I (2006-2007) sebelum ini, dua pasukan yang bertembung adalah pasukan Captain America dan pasukan Iron Man. Yang seperti kita sedia maklum  juga, merupakan inspirasi dan sumber rujukan kepada filem Captain America: Civil War yang bakal menemui kita pada 11 April, 2016 nanti.

CdxahJLVAAAqG7c

Kali ini, pasukan yang bakal berentap terdiri daripada pasukan Captain Marvel/Carol Danvers yang dibarisi:

  • Monica Rambeau
  • She-Hulk
  • Ant-Man
  • Winter Soldier
  • Hawkeye
  • Blue Marvel
  • Medusa
  • Captain America (Steve Rogers)
  • The Vision
  • War Machine
  • Spider-Man

CdxaeLwUAAEabgl

Manakala pasukan Iron Man/Tony Stark terdiri daripada:

  • Black Widow
  • Deadpool
  • Captain America (Sam Wilson)
  • Hulk (Amadeus Cho)
  • Hercules
  • Black Panther
  • Luke Cage
  • Thor (Jane Foster)
  • America Chavez
  • Star-Lord
  • Daredevil

Mini siri terbesar dari Marvel Comic untuk tahun 2016 ini ditulis oleh Brian Michael Bendis dan dilukis oleh David Marquez manakala kulit muka hadapan pula dilukis oleh Marko Djurdjevic. Berdasarkan sumber rasmi, komik sekuel kepada Civil War I ini akan menemui kita pada bulan Jun, 2016 kelak.

Dan seperti biasa kami ingin bertanya (dan ini mungkin antara soalan paling popular untuk peminat komik dan filem untuk tahun ini) : “Whose side are you on?”

Last modified: March 18, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *